Raden Arya Darmawangsa - Keturunan (Inventaris)

Dari Rodovid ID
Orang:391432
Generation of a large tree takes a lot of resources of our web server. Anonymous users can only see 7 generations of ancestors and 7 - of descendants on the full tree to decrease server loading by search engines. If you wish to see a full tree without registration, add text ?showfulltree=yes directly to the end of URL of this page. Please, don't use direct link to a full tree anywhere else.

1

11/1 <?+?+?> < Raden Arya Darmawangsa
lahir: Versi : Malaysia
===RADEN ARIA DARMA WANGSA (1570-1700)===


Beliau dilahirkan pada tahun 1570 di Jambi. Bapanya ialah Nakhoda Hitam dan ibunya Puteri Mayang Sari atau Puteri Syarifah Siti Adawiah binti Syarif Muzaffar Ahmad atau Temenggung Merah Mato..

Beliau berkahwin dengan anak Puteri Galoh Cendera Sari,Puteri Pakuan.pada tahun 1596. Hasil perkahwinannya lahirlah seorang Pengeran Aria Nasharudin atau Panglima Jambi. Raden Aria Wangsa dilantik menjadi Panglima Perang Banten olih Sultan Maulana Yusof yang juga bapa saudara beliau. Pada tahun 1589 Banten menyerang Pakuan dapat menakluk Pakuan.Atas jasa Raden Aria Wangsa beliau dilantik menjadi Adipati Pakuan tetapi Pakuan masih menjadi negara naungan ,dalam Kesultanan Banten. Dan di tukar nama menjadi Pakuan Islam. Disamping menjadi Adipati Pakuan Islam ,beliau masih menjadi SENOPATI AGUNG BANTEN. Sebenarnya hampir keselurohan kerajaan Tanah Jawa dikuasai olih keturunan datuk kami MAULANA SAYID HUSIN JAMADIL QUBRA.

Datuk kami yang alim lagi zuhud ini wafat pada tahun 1700 di Japara, Jawa Barat.

2

21/2 <1+?> < Raden Aria Nasharuddin
lahir: Versi Malaysia
===PANGERAN ARIA NASARUDIN ATAU PANGLIMA JAMBI ATAU SULTAN MUHAMAD WANGSA 1 (1651-1760)===


Pangiran Aria Nasarudin lahir di Jambi pada tahun 1651M. Ibunya bernama bernama Puteri Syaripah Alawiyah cucu Sunan Gunung Jati. Bapa beliau ialah Raden Surya Wangsa atau Radin Aria Darma Wangsa daripada keturunan Sunnan Gunung Jati. dan Pati Unus. Beliau dididik dikalangan keluarga bangsawan yang semestinya dalam ilmu Islam atau ilmu peperangan. Setelah dewasa beliau dikenali dengan nama Panglima Jambi. Seorang PangIima Perang dari Kerajaan Jambi dan Banten.

Pengeran Aria banyak membantu Kerajaan Banten didalam peperangan melawan Penjajah Belanda. Beliau juga tinggal lama di Pulau Jawa dalam urusan dakwah Islam.Selain menjadi Panglima Perang Jambi dan Banten ,beliau juga Adipati Pakuan.Pakuan Pejajaran ,atau nama lain nya setelah islam dinamakan Pakuan Islam.Wilayah ini masih dalam Kesultanan Banten.Beliau banyak membantu Kesultanan Banten dalam misi dakwah di seluruh pulau Jawa.Setelah dapat menawan Pakuan Pejajaran beliau dilantik menjadi Adipati Pakuan digelar SULTAN MOHAMAD WANGSA 1.

Pada tahun 1680M beliau berkahwin dengan Puteri Cempaka Biru dari Jambi. Daripada perkahwinan mereka, maka lahirlah Raden Aria Mohyidin. Beliau wafat di Jambi pada tahun 1760M.

3

31/3 <2+?> < Raden Aria Muhyidin
lahir: Perkawinan : 1825
lahir: 1769, Pulau Karimun Jawa
penguburan: 1899, Tanah Perkuburan Pantai Rembang
===RADIN ARIA MOHYIDIN ATAU TOK DIN (1769-1899)===


Radin Aria Mohyidin lahir pada tahun 1769M di Pulau Karimun. Bapa Raden Aria Mohyidin ialah Pengeran Aria Diwangsa. Ibunya ialah Puteri Cempaka Sari juga dikenali dengan nama Puteri Hijau. Puteri Cempaka Sari ialah Puteri Jambi, beliau juga adalah seorang Panglima yang handal semasa berperang. Semasa beliau kecil Raden Aria Mohyidin diajar cara Islam dan seni persilatan. Kaum kerabat mereka boleh dikatakan banyak daripada golongan ulama dan panglima.

Raden Aria Mohyidin berkahwin dengan Daeng Sapiah pada tahun 1825M. Daeng Sapiah adalah cucu Raja Haji, Al-Marhum Telok Ketapang. Pada tahun 1826M beliau mengetuai rombongan keluarga, serta kaum kerabat yang lain berpindah ke Melaka.Sebenar nya kaum kerabat mereka yang lain memang telah ada di Bukit Rambai (Syeikh Umar Said). Raden Aria Mohyidin memilih kawasan Pantai Puteri (Pantai Rombang). Penempatan orang-orang Bugis telah sedia ada di Tanjung Keling dan Bukit Darat. Beliaulah yang telah membuka perkampungan baru yang bernama Pantai Rombang. Semasa mendarat di Pantai Rombang beliau menukar namanya daripada Raden Aria Mohyidin kepada Din Bin Baba dari Jambi.

Ini adalah disebabkan, yang akan diceritakan nanti dibahagian Rahsia Keturunan.

 Tok Din dan Nenek Piah berkahwin dan mendapat 1 orang anak iaitu:

a.Raden Muhamad Bular atau Bulang

Radin Aria Mohyidin atau Tok DIN wafat pada tahun 1899M. beliau telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Pantai Rombang.

4

41/4 <3+?> < Raden Muhammad Bulang
lahir: 1789, Pantai Rembang - Jawa
===RADEN MUHAMAD BULAR/BULANG (1789-1899)===


Radin Muhamad Bular dilahirkan pada tahun 1789 di Pantai Rombang. Bapa beliau ialah Radin Aria Mohyidin ( TOK DIN).Ibu beliau bernama Daing Sapiah cucu Raja Haji .Bapa beliau lah yang membuka belah Pantai Rombang,Pantai Tanah dan Pantai Kundur.Dikenali sekarang PANTAI PUTERI.Dari titisan beliau lahir lah 2 putera iaitu;

5

51/5 <4> < 1. Raden Lohor
lahir: 1805, Pantai Rombang
===Raden Lohor(1805-1885)=== Radin Lohor di lahirkan di Pantai Rombang pada tahun 1805.Beliau ada seorang adik yang bernama Radin Tangguk, yang melahirkan ramai keluarga ku di Pantai Puteri.Pada tahun 1823 beliau telah berkahwin dengan Raden Sakdiah.Radin Saadiah masih kerabat dengan beliau.Keluarga ku di sebelah Pantai Puteri banyak juga guru ugama seperti juga keluarga ku di Bukit Rambai.Di samping mengajar ugama pada sebelah malam ,beliau juga mengajar silat serta mengubat orang.Telah ku tulis kan ,hampir keselurohan keluarga kami bolih mengubat orang.Pada siang hari beliau akan ke sawah atau pergi kelaut, mencari ikan.Itu lah rutin kehidupan keluarga kami, samaada di Bukit Rambai atau di Pantai Puteri.Sepasang suami isteri yang warak ini wafat pada tahun yang sama iaitu tahun 1885M. Hasil perkahwinannya beliau mendapat anak, iaitu Raden Mat Udin (1825-1885). Anak Radin Mat Udin, Radin Kalong berkahwin dengan Raden Semah binti Raden Baba bin Radin Tangguk. Mereka ini telah membuka tanah-tanah sawah di Paya Luboh, Tangga Batu. Raden Kalong wafat pada 1925 dimakamkan di Tanah Perkuburan Tangga Batu.
62/5 <4> < 2. Raden Tangguk
===RadinTangguk=== Anak Raden Tangguk bernama Radin Baba. Mendapat anak bernama Radin Muhamad Arif dan Radin Bakar.Radin Bakar pula berkawin dengan Sarifah Bidah binti Syeikh Ahmad Hitam( Buyut ku).Telah ku tuliskan, kaum kerabat ku mengamalkan kawin kerabat.

6

71/6 <5+?> < Raden Mat Udin
===RADEN MAYUDIN atau TOK MAT UDIN (1825-1895)===


Raden Mayudin dilahirkan pada tahun 1825M di Pantai Puteri (Pantai Rombang). Bapanya bernama Raden Lohor tetapi dikenali dengan nama Lohor Saraja. Identiti dan nama keluarga di sorokkan disebabkan tekanan, ugutan dan ancaman daripada penjajah. Ibu Raden Mayudin ialah Daeng Sapiah cucu kepada Raja Haji.

Raden Mayudin dibesarkan datuknya Raden Bulang. Diibesarkan di Pantai Rombang.Moyang beliau. Raden Aria Mohyidin membuka tanah kebun dan sawah diceritakan dari Pantai Rombang hingga ke Pantai Kundur. Bersambung pula dari Solok Bukit Tempayan, Paya Luboh, Tangga Batu hingga ke Kampung Gelam. Jikalau anda melihatnya, anda boleh membayangkan. Bagiku ini semua tidak pelik kerana Raden Aria Mohyidin ialah bekas Panglima Perang Kerajaan Kerimun yang bergelar Panglima Tok Sendi Kaya Raja Sari dan juga anak Sultan MOHAMAD WANGSA 2 dari Pakuan Islam, Banten.. Namanya pun dah ada kaya takkanlah semasa berpindah ke Pantai Puteri hartanya ditinggalkan di Pulau Kerimun, tentulah dibawanya. Isterinya juga cucu Raja Haji, bekas Yamtuan Riau ke 4. di Riau-Lingga hampir keseluruhan berketurunan Raja Haji (Bugis Luwok). Disamping membuka tanah kebun dan sawah, Tok Lohor membeli tanah. Harga tanah pada masa itu ialah RM50.00 seekar.Saudara mara mereka termasuklah Daing Matimo dan Daing Manompok, Panglima Perang, Daing Kemboja semasa perang Linggi pada tahun 1701 m.

Raden Mayudin mendapat bahagian harta daripada Tok Lohor dari Tangga Batu, Paya Luboh dan Kampung Gelam. Raden Tangguk mendapat tanah di Pantai Rombang, Paya Keladi dan Pantai Kundur. Masjid Pantai Rombang dan surau Mat Din Pantai Rombang adalah kepunyaan (wakaf) daripada Raden Bulang. Geran tanah tapak Masjid Pantai Rombang ialah atas nama Daeng Bagiah. Daeng Bagiah adalah isteri kepada Radin Bulang. Raden Mayudin berkahwin dengan Daing Pagi(Suboh). Dari mereka lahir lah Radin Kalong pada tahun 1845m.Aku tidak dapat mengesan selidik siapa Raden Subuh berdasarkan nama dan cara kematiannya, aku percaya suami isteri ini (Raden Mayudin dan Raden Suboh) bukanlah orang sebarangan. Cara kematian mereka senang.

Pada hari kematian Raden Mayudin memanggil sanak-saudara berkumpul, untuk kenduri katanya. Setelah kenduri Raden Mayudin menyuruh saudaranya membeli kain kapan lengkap (kain kapan, kayu papan lahat, kapur barus) 2 set. Bila di tanya kenapa?. Beliau hanya menjawap belikan saja. Setelah dilakukkan kenduri makan tengahari. Beliau dan isteri mengerjakan solat asar, selepas itu keluar lagi daripada bilik tidur mereka. Sebelum maghrib apabila sanak saudara membuka bilik mereka Raden Mayudin dan Raden Suboh telah wafat. Pada pendapatku mesti ada amalan yang baik-baik yang diamalkan oleh mereka. Daripada cara mereka wafat, seolah-olah mereka sudah tahu, mereka akan pergi mengadap illahi.

Mereka (Raden Mayudin atau Mat Udin dan Raden Suboh) wafat pada 1885M dan beliau berdua dimakamkan di Tanah Perkuburan Pantai Rombang. Tanah prkuburan ini juga wakaf daripada Raden Aria Mohyidin atau Tok Din
82/6 <6> < 1. Radin Muhammad Arif
93/6 <6> < 2. Radin Bakar

7

101/7 <7+?> < Raden Kalong
===RADEN KALONG (1845-1925)===


Raden Kalong dilahirkan pada tahun 1845M di Pantai Rombang. Bapanya Raden Mayudin atau Mat Udin dan ibunya Raden Suboh. Raden Kalong dibesarkan dalam keluarga yang kaya di Pantai Puteri. Beliau cuma mempunyai 2 beradik. Adik bongsunya ialah Raden Halimah. Raden Halimah berkahwin dengan Haji Abdul Kadir bin Haji Latip, orang Pantai Tanah Merah tetapi membuka perkampungan di Seri Tanjong, Masjid Tanah. Masjid lama Masjid Tanah yang asal daripada tanah didirikan oleh Haji Latif. Ramai keturunan Haji Latip ada di sekitar Masjid Tanah khasnya di Kampung Seri Tanjong.Surau yang ada sekarang dinamakan Surau Haji Kadir masih digunakan sehingga kini.

Raden Kalong berkahwin dengan Raden Semah Bin Raden Baba pada tahun 1900.. Melihat perkawinan ini, Raden Kalong dan Raden Semah ialah sepupu. Hampir semua keturunan ku berkahwin dengan saudara, sama ada sepupu, 2 pupu atau senasab. Selepas berkahwin beliau berpindah ke Solok Tangga Batu. Hampir keseluruhan tanah di Tangga Batu, Solok Tangga Batu, Paya Luboh, Tangga Batu Pekan dan Kampung Gelam adalah kepunyaan keluarga Raden Kalong. Masjid Tangga Batu Kechil, Masjid Tangga Batu Pekan dan Masjid Kampung Gelam diwakafkan oleh Raden Kalong termasuk juga tanah Perkuburan Keramat Batu, Tanah Perkuburan Tangga Batu dan Tanah Perkuburan Tangga Batu Pekan serta Tanah Perkuburan Kampung Gelam. Ini di ceritakan olih almahum bapa mentua ku.

Raden Kalong mendiami tanah yang sekarang diduduki oleh keluarga isteriku (Syaripah Bidah).Kehidupan moyang ku ini, Sebelah siangnya ke sawah sebelah malamnya pula mengubati orang dan mengajar silat. Moyangku ini memang terkenal sebagai Pawang di kawasan Tangga Batu, juga sebagai guru silat. Raden Kalong mempunyai beberapa orang anak iaitu:

a. Raden Bainah telah meninggal dunia semasa muda

b. Raden Maimunah, ibu angkat ,juga nenek saudara kepada isteriku

c. Raden Mat

d. Raden Baba, datuk kepada Isteriku



Raden Kalong wafat pada tahun 1925 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Tangga Batu. Moyang perempuan kami Radin Semah wafat pada tahun 1927, disemadikan di perkuburan yang sama.
112/7 <9> < Raden Ara

8

131/8 <10> < 1. Raden Bainah
lahir: telah meninggal dunia semasa muda
142/8 <10> < 2. Raden Maimunah,
lahir: ibu angkat ,juga nenek saudara kepada isteriku
163/8 <10> < 4. Raden Baba,
lahir: datuk kepada Isteriku
===RADEN BABA (1905-1990)===

Raden Baba dilahirkan di Tangga Batu pada tahun 1905. Beliau di besarkan di Tangga Batu. Bapanya ialah Raden Kalong, ibunya ialah Raden Semah. Beliau mempunyai 4 orang aduk-beradik iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Raden Baba ialah seorang guru silat, ramai anak muridnya di sekitar Tangga Batu. Di kawasan Tanjung ini boleh dikatakan keseluruhanya ialah kaum kerabat beliau.

Raden Baba berkahwin dengan Raden Ara Bt. Raden Bakar b. Raden Tangguk b. Raden Bulang. Maka Raden Baba dan Raden Ara ada hubungan keluarga. Ibu Raden Ara ialah Syaripah Bidah Binti Syeikh Ahmad Hitam. Syeikh Ahmad Hitam ialah Buyutku (Penulis). Hal inilah yang menyebabakan walau aku tidak berkahwin dengan isteriku, aku masih mempunyai hubungan keluarga dengan Raden Kalong.

Kakak kepada Raden Baba iatu Raden Maimunah yang memelihara isteriku Raden Saripah daripada umur 7 bulan hingga 17 tahun. Menurut isteriku Raden Maimunah ialah seorang yang kaya, beliau telah diwariskan tanah sawah di Paya Luboh dan tanah kebun di Solok Tangga Batu. Banyak peralatan rumah seperti dulang, ginseng, tempat kueh bahulu, acuan-acuan kueh yang ada padanya dibuat daripada tembaga. Beliau juga ada kui padi, kisar padi dan indek padi, kereta lembu. Disamping barang-barang perhiasan emas yang besar-besar. Daripada apa yang aku selidiki, Raden Maimunah memang seorang yang banyak duit pada tika itu, beliau satu satu nya anak perempuan Raden Kalong yang hidup (Raden Bainah yang meninggal muda). Hartanya yang banyak difaraidkan kepada hanya 3 orang saja iaitu Raden Mat, Raden Baba dan Raden Maimunah. Menurut isteriku Raden Maimunah seorang yang lurus, jujur, baik hati dan mudah percaya cakap orang. Raden Maimunah telah berkahwin dengan seorang duda beranak 7. Oleh sebab beliau terlalu sayangkan suaminya beliau telah memberi sekeping tanah lebih kurang setengah ekar kepada suaminya. Ditukarkan kepada nama suaminya. Hal ini bermakna tanah tersebut akan dimiliki oleh anak-anak tirinya. Suami Raden Maimunah ialah Bechik. Daripada perkahwinannya ini maka lahirlah seorang anak lelaki iaitu Mat Shah.

Pada tahun 1971, Raden Maimunah telah mempunyai krisis dengan adiknya Raden Baba (datuk Raden Saripah), beliau telah bertindak nekad untuk menjual segala hartanya di Tangga Batu dan telah membeli sebidang tanah ¼ ekar di Kampung Lebu, Bentong, Pahang. Tanah itu telah dijualkan oleh anaknya iaitu Mat Shah. Mat Shah telah menjualkan tanah itu dengan harga RM 5000.00 untuk belanja kahwin pada tahun 1986. Akhirnya tanah terjual, isteri terbang (cerai). Apabila tanah tiada, ketua kampung (Tok Empat- di Pahang) telah menghantar Mat Shah ke rumah orang tua-tua, Seberang Takir, Terengganu dan pada tahun 2007 beliau telah meninggal dunia. Kehidupan Raden Saripah dan Raden Maimunah di Bentong telah dituliskan di bab Riwayat Hidup Radin Saripah.

Raden Baba mempunyai 7 orang anak iaitu:

  1. . Raden Osman
  2. . Raden Raman
  3. . Raden Halimah
  4. . Raden Che Man.
  5. . Raden Sulaiman
  6. . Raden Ismail (Kiman)
  7. . Radin Ramah

Radin Ismail atau Radin Kiman berkawin dengan Enchah atau Ainon, orang Muar pada tahun 1978 dan melahirkan;

  1. . Radin Syahrol + Rosmawati.
  2. . Radin Norazreen + Ku Zairol

Dapat anak

  1. . Ku Adi Putra
  2. . Ku Amar Fares
  3. . Ku Alia Qaldina
  4. . Radin Ridwan
Raden Baba bagiku berwatak keras, kasar dan panas baran tetapi baik hati, aku sebenarnya banyak kali berjumpa beliau. Maklumlah beliau guru silat. Raden Ara meninggal dunia pada tahun 1968. Raden Baba menduda lama sehingga ke akhir hayatnya. Pada tahun 1990 Raden Baba telah meninggal dunia dan beliau dan isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Tangga Batu
124/8 <11+16!> < 1. Raden Osman
===RADEN OSMAN (1923-2003)===


Beliau dilahirkan pada tahun 1923 di Tangga Batu, Melaka. Bapanya Raden Baba yang dipanggil Busu. Semua anak-anak Raden Baba memanggil abahnya Busu. Ibunya Raden Ara yang berketurunan Syeikh Ahmad Hitam, Bukit Rambai. Semasa kecilnya bersekolah Melayu dan juga Sekolah Pondok Haji Wahid. Semasa dewasa beliau belajar memandu kereta dan pekerjaan yang hakiki ialah pemandu van barang.

Perkahwinan pertama beliau adalah dengan seorang janda yang beranak 2 iaitu Che Wah. Nama anak Mak Wah ini yang pertama ialah Ahmad dan yang kedua ialah Esah. Daripada perkahwinan Raden Baba dan Che Wah, masih daripada kerabat keturunan Raden Tangguk, Pantai Rombang. Mak Wah masih menduduki tanah keluarga di belakang Masjid Pantai Rombang. Mereka bernikah pada tahun 1950 dan telah mendapat 3 orang anak iaitu:

  1. . Raden Umar -1951
  2. . Raden Sokyah-1959
  3. . Raden Mat Diah -1961 dan telah meninggal muda pada tahun 2000

Beliau berkahwin pula dengan Saripah Bidah Binti Syeikh Ahmad Said pada tahun 1951. Kedua-dua isteri Raden Osman daripada kerabat beliau. Tentang anak-anak Raden Osman telah ku tuliskan dimuka surat sebelum ini dalam tajuk “Anak-anak Syeikh Ahmad Said”. Aku hanya tambahkan disini adalah tahun kelahiran anak beliau. Diantara tahun kelahiran anak-anaknya ialah:

  1. . Raden Ali - 1952
  2. . Raden Aziz - 1954
  3. . Raden Hamzah - 1958
  4. . Raden Jamilah - 1960
  5. . Raden Saripah Normala - 1962

Raden Osman dan Saripah Bidah naik Haji pada tahun 1991, ketika itu terjadi peristiwa kemalangan di terowong Al Muassem (melontar Jumrah).

Semasa kami tinggal di Kampong Baru Sungai Udang, Raden Saripah Normala bergelar ‘Tabib’. Kami seguru daripada hal perubatan tradisional. Guru kami ialah Tabib Mohamad Nabun. Selain itu juga Raden Saripah Normala juga mempunyai guru di alam ghaib melalui mimpi dan zuk zikir. Kelebihan Tabib Saripah Normala ini, beliau hanya menepuk anggota yang patah ini dengan doa, dibalut dengan daun, insyaallah dalam masa tiga hari akan sembuh. Saya tidak boleh melakukan perkara seperti itu.. Ini adalah kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada beliau.

Raden Osman telah wafat pada tahun 2003. Beliau telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Tangga
155/8 <10> < 3. Raden Mat
176/8 <11+16!> < 2. Raden Raman
187/8 <11+16!> < 3. Raden Halimah
198/8 <11+16!> < 5. Raden Che Man
209/8 <11+16!> < 5. Raden Sulaiman
2110/8 <11+16!> < 6. Raden Ismail (Kiman)
2211/8 <11+16!> < 7. Radin Ramah