Raden Abdullah Melaka / Raden Aria Putra / Panglima Tok Hitam
Dari Rodovid ID
Marga (saat dilahirkan) | Azmatkhan |
Jenis Kelamin | Pria |
Nama lengkap (saat dilahirkan) | Raden Abdullah Melaka / Raden Aria Putra / Panglima Tok Hitam |
Orang Tua |
Momen penting
lahir: Versi Malaysia
1525 lahir:
kelahiran anak: ♂ Raden Arya Darmawangsa [Azmatkhan]
Catatan-catatan
RADEN ARIA PUTRA ATAU NAKHODA HITAM ATAU RADEN ABDULLAH ATAU PENGERAN YUNUS (1519-1650)=
Raden Aria Putra atau Radin Abdullah dilahirkan pada tahun 1519M. Bapanya ialah Pengeran Seberang Lor. Ibunya bernama Syaripah Siti Zubaidah, anak kepada Sultan Ariffin Syeikh Ismail, Pulau Besar.Kedua suami isteri ini SYAHID di pengairan Pulau Besar pada tahun 1521, semasa pertempuran menyerang Portugis.Radin Abdullah di besarkan olih SUNAN GUNONG JATI.Hanya beliau satu satu nya anak Pengeran SEBERANG LOR yang selamat dan terus di lari kan ke Banten.Nenek sebelah ibunya bernama Syaripah Siti Maimunah Binti Maulana Ishak. Hal ini bermakna datuk dan moyangnya ialah ulama besar Melaka. Beliau dilahirkan pada zaman Melaka telah dikuasai Portugis. Pada zaman Portugis menyerang Melaka, banyak keturunan beliau yang syahid. Termasuk ibu dan bapa dan abang nya. Diceritakan Pulau Besar dan pulau sekitarnya juga Pulau Upih bergelimpangan dengan mayat-mayat perajurit yang gugur mempertahankan Melaka. Melaka tidak akan kalah kalau disebabkan serangan Portugis. Melaka kalah disebabkan ada pengkhianatan daripada orang-orang besarnya sendiri dan pembelotan tentera-tentera dari Jawa. Bagi aku ini adalah bala yang diturunkan kepada Melaka disebabkan pemerintahan yang zalim dan pembesar-pembesarnya yang tamak haloba dan mengejar harta dunia sahaja.
Setelah dewasa Raden Aria Putra terlibat dengan gerakan-gerakan tentera untuk menawan Melaka kembali. Disamping itu beliau dan rakan-rakannya menyerang kapal-kapal Portugis di pengairan Selat Melaka. Pada tahun 1545M beliau ke Jambi, dan bergabung menyerang Panglima Perang Jambi untuk menyerang penjajah Portugis dan Belanda. Beliau banyak bergabung dengan Kerajaan Banten di Jawa Barat pada tahun 1545.
Beliau berkahwin dengan Puteri Syaripah Alawiah BintI Sayid Umdatuddin Husin Bin Sunan Gunung Jati Bin Sayid Ali Nurul Alam. Sememangnya beliau rapat di Banten dan Jambi malah Palembang kerana kerajaan-kerajaan itu adalah kerabat-kerabat beliau. Puteri Syaripah Alawiyah juga digelar Puteri Mayang Mengurai, kakak kembar Puteri Mayang Sari, ibu kepada Syeikh Ahmad Maulana atau Tok Janggut Acheh, isteri Panglima Daik.Pada tahun 1530 beliau di lantik menjadi Adipati Pakuan Islam ,mengantikan ayah nya yang wafat, bergelar Pengeran Aria Jepara.
Banyak gerakan-gerakan tentera dilancarkan oleh Sultan Johor atau Pahang atau Jambi juga Acheh. Pada tahun 1641M. Gabungan tentera-tentera Kerajaan Melayu dan dibantu oleh Belanda telah menghancurkan tentera Portugis di Melaka. Melaka jatuh ke tangan Belanda. Tetapi bak kata pepatah “lepas mulut buaya, masuk ke mulut harimau”. Belanda juga tidak kurang hebatnya menekan dan menyerang Kerajaan Melayu malah lagi teruk. Belanda dan Inggerislah yang memfaraidkan Empayar Riau, Johor Lingga yang tinggal sekarang ini hanyalah negeri Johor yang sekangkang kera Melaka yang sepait ini. Empayar yang terkenal di seluruh Kepulauan Melayu malah dunia di pecahkan menjadi Empayar Johor-Riau-Lingga dan Pahang . dipecahkan lagi dan dicobak-cobekkan dan yang tinggal hanyalah negeri Melaka dan Johor yang ada sekarang ini. Ke mana perginya Riau, Lingga, dan ke mana perginya Jambi, Siak, Rokan, Inderagiri, Kampar dan Aru. Semua ini telah di faraidkan seperti cerita ‘ Nujum Pak Belalang’ satu untuk engaku, satu untuk aku. Bayangkan jika kita tidak dijajah, sebesar mana negara kita ini? Utaranya dari Ligor (segenting kera). Selatnya meliputi laut Australia, Baratnya lautan Hindi dan Timurnya lautan Pasifik. Dianggarkan penduduknya seramai 300 juta orang. Salah satu negara yang terkuat di dunia. Radin Aria Nasharudin berkawin Puteri Cempaka Biru dari Jambi.Daripada perkahwinan Nakhoda Hitam dan Puteri Syaripah Alawiyah lahirlah Radin Aria Darmawangsa pada tahun 1570M. Nakhoda Hitam wafat pada 1650M di semadi kan Jambi.
[sunting] Sumber-sumber
Dari kakek nenek sampai cucu-cucu